Nak kurus?Nak slim?
Banyak produk pengurusan badan di pasaran, anda
boleh pilih yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit dan ada juga yang murah
murah….semuanya menjanjikan yang elok elok, jadi andalah yang bertanggungjawab
membuat pilihan terbaik untuk diri anda, ambil masa kaji dan fikir dahulu
sebelum laburkan duit anda, jangan perjudikan kesihatan anda.
Sebelum saya menulis lebih lanjut tentang produk
set kurus Shaklee, saya ingin menulis tentang tips tips kurus semulajadi. Tips
kurus semulajadi ni sangat penting untuk anda amalkan dalam masa mengambil
supplemen Shaklee. Supplemen Shaklee boleh membantu dan merangsang badan anda untuk
kurus dengan lebih cepat jika anda mampu seiringkan usaha dengan tips tips ini.
Untuk kurus dengan cepat dan berpanjangan, bukan
seminggu kurus, minggu depan dah naik balik L anda sangat perlu
meningkatkan kadar metabolism badan anda. Apa itu metabolism? –jumlah tenaga
atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi fungsi tubuh asas.
Jadi pada asasnya, mereka yang rendah kadar metabolism akan kurang membakar
kalori dalam badan. Mereka yang tinggi kadar metabolism akan lebih cepat
membakar lebih banyak kalori.
Jadi apakah cara untuk meningkatkan metabolism
badan?
1.
Jangan berlapar (tatapi andai anda mahu jadikan puasa sebagai amalan
untuk anda kurus disamping mendidik iman, itu adalah bonus untuk anda kurus.
Contohnya puasa nabi Daud, puasa selang sehari J
Puasa adalah amalan yang sangat baik, memang kita menahan lapar dan dahaga
tetapi Allah suruh kita bersahur dan berbuka, anda tidak kelaparan sebenarnya,
anda sedang mendidik jiwa….
Diet yang aggressive juga menyebabkan
badan anda terkejut , anda kelaparan …otak anda tidak menerima signal untuk
membakar kalori…lama kelamaan amalan berlapar ini menyebabkan kadar metabolism
badan akan semakin rendah dan ini akan menyukarkan usaha anda untuk kurus. Jadi
untuk kurus jangan tak makan ok J
2.
Tambahkan
protein dalam diet. Protein dapat membantu meningkatkan kadar metabolism. Ini
kerana , badan kita membakar kalori dua kali ganda semasa menghadamkan protein
berbanding karbohidrat.
Ikan merupakan sumber protein yang
sangat baik. Ikan Salmon misalnya mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat
meningkatkan jumlah pembakaran lemak dalam badan (omega guard Shaklee the best)
3.
Makanlah dengan
kerap. Menguyahlah sekerapnya, semakin kerap kita makan semakin tinggi kadar
metabolism badan. Tapi jangan pula mengunyah makanan ringan tu memudaratkan…dan
janganlah pula setiap 3 jam makan nasi penuh pinggan itu menggemukkan…
Anda boleh pilih buah buahan seperti
epal, pisang atau kekacang.semakin kerap anda makan, otak anda sentiasa
mendapat signal untuk membakar kalori. Setelah menjadi amalan, otak anda akan
terbiasa untuk merembeskan enzim membakar kalori lantas metabolism badan anda
dapat ditingkatkan. Jadi senanglah usaha anda untuk kurus.
4.
Minumlah teh
hijau, kopi atau air kosong.
Kopi atau teh hijau mengandungi kafein.
Kafein adalah bahan semulajadi yang dapat meningkatkan kadar metabolism
badan.Teh hijau juga mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisma
, anda dapat rasai kesannya dengan pengambilan 4 atau 5 cawan teh hijau sehari.
Cubalah.
Saya ingin kongsikan pengalaman saya
tinggal di Jepun. Teh hijau menjadi minuman utama semua golongan termasuk kanak
kanak ,remaja, orang tua dan dewasa….
Teh hijau diterapkan sejak usia kecil
lagi , contohnya anak saya Haikal ke sekolah setiap hari dihidangkan (oocha) teh
hijau setiap kali makan tengahhari dan minum petang. Jika mereka keluar jalan
jalan (oosampo), dan perlu bawa bento(bekal makanan) dan minuman, cikgunya akan
berpesan agar bawa oocha sahaja bukan minuman milo atau berperisa yang lain. Di
kedai kedai makan oocha sentiasa terhidang, oocha menjadi sesuatu yang wajib
dalam kehidupan masyarakat Jepun. Sebab itulah, susah nak jumpa orang jepun
yang gemuk. Mereka telah berjaya membudayakan cara makan yang dapat meningkatkan
metabolism badan.
(
Shaklee mencadangkan Cinch tea untuk meningkatkan metabolism badan…saya percaya
dan yakin ianya produk hebat kerana saya tahu sejauhmana kebaikkan teh hijau
dan ketelusan serta kesungguhan Shaklee memilih bahan berkualiti untuk hasilkan
produk hebat)
5.
Bersenamlah dan kekal aktif setiap hari. Bersenam bunyi macam mudah
tapi tak dinafikan banyak alasan yang kita berikan seperti malas, tak ada masa, tak suka letih letih…
Mungkin kita
dapat mencari inisiatif bersenam tanpa sedar, contohnya:
-
Berjalan laju
-
Gunakan tangga, berlumba dengan rakan pejabat siapa sampai atas dulu J
-
Buat kerja rumah cepat cepat, sidai baju cepat cepat, sapu sampah cepat
cepat..
-
Window shopping sampai letih dan banyak lagi mungkin idea kreatif dari
anda.
Senaman menggunakan pemberat khusus untuk otot
juga baik untuk membantu anda kurus dengan cepat dan cantik. 1 paun otot akan
membakar 35 hingga 50 kalori manakala 1 paun lemak membakar hanya 5 hingga 10
kalori. Oleh itu meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar
metabolism badan anda.
Dalam set kurus Shaklee, kami bahagikan kepada 4
fasa penting
o Detox
o Pecahkan lemak
o Membina tisu dan otot
o Meningkatkan kadar
mtabolisma
Detox
Pilihan
untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Kedua dua produk ini bertindak membersihkan usus anda. Toksin, lemak
dan lendir yang melekat pada dinding usus akan disingkirkan melalui pembuangan
air besar. Proses ini penting untuk memastikan usus anda bersih dan memudahkan
penyerapan nutrient pada tahap optimum.
Selalunya
Herb-lax menampakkan kesan selepas 8 hingga 12 jam selepas pengambilan, ia
dapat membersihkan najis yang tersekat, merangsang usus untuk mempercepatkan
proses pembersihan secara lembut, anda akan membuang dengan lancar
insyaAllah…bila usus clear secara tak langsung ia mempamerkan perut yang
sedikit
kempis…
Yang mana
satu sesuai?
Herb-lax
dirumuskan dengan 9 jenis herba terpilih khusus untuk detoksifikasi, kombinasi
herba dalam herb-lax telah pun digunakan secara traditional untuk melegakan
sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas, oleh itu sesiapa yang
memang ada masalah sembelit terus saja pilih Herb-lax,
Dan untuk
yang tak ada masalah sembelit anda boleh pilih Alfalfa, terutamanya ibu ibu
yang menyusukan bayi kerana dikhuatiri akan menyebabkan baby anda cirit birit
pula nanti.
Memecahkan lemak
Pilihan
untuk memecahkan lemak adalah Lecithin atau Omega Guard. Kedua dua nya tidak dapat
dihasilkan oleh badan tetapi sangat penting untuk fungsi badan, jadi bekalan
lecithin dan omega sangat perlu untuk badan anda.
Sejujurnya,
saya cadangkan anda ambil kedua duanya…kerana kedua duanya sangat berkesan
untuk memecahkan lemak….
Tetapi jika
anda tak cukup bajet boleh pilih antara dua produk ini.
Lecithin
merupakan pengemulsi lemak semulajadi, ia mempunyai kesan melekat pada lemak,
menyebabkan lemak terapung dalam darah, menghalang lemak dari melekat di
dinding membrane. Lecithin dapat menggalakkan metabolisma lemak dan mencairkan
lemak. Ini dapat menurunkan paras kolesterol dalam badan. Sebab tu dalam
perubatan, antara rawatan menurunkan paras kolesterol adalah dengan menggunakan
lecithin. So bila anda berjaya singkirkan lemak dari badan insyaAllah usaha
kurus anda hampir berjaya…dan ingatlah jangan tambahkan lagi lemak jahat dalam
pemakanan anda, susah susah nak buang senang senang anda ambil balik….sebab tu
orang kata “fikir dulu sebelum makan”
Omega guard
adalah minyak ikan yang mengandungi omega 3 fatty acid,ia mempengaruhi pelbagai
jenis hormon yang dihasilkan oleh badan termasuk leptin yang merupakan hormon
yang penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal
kepada otak untuk hadkan rasa lapar. Disamping itu juga omega 3 fatty acid
dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Banyak kajian yang telah
membuktikan omega dapat menggalakkan pembakaran lemak.
Membina otot dan tisu
Bila anda
dah berjaya kuruskan badan, lemak dah berkurang , perut dah mengempis, lengan
paha dah berkurang saiznya, ESP dan Cinch dapat membantu anda membina tisu tisu
baru dan membentuk otot agar ianya tidak mengeleber, kusam dan tidak bermaya.
Pemakanan
tinggi protein sangat perlu dalam diet pengurusan badan, dan ESP dan cinch
sangat tinggi nilai proteinnya.
Kedua dua
ESP dan Cinch baik untuk bekalan tinggi protein bagi membina otot anda, tetapi
ESP lebih disyorkan pada ibu ibu yang menyusukan bayi kerana ia dapat
meningkatkan pengeluaran susu badan.
Meningkatkan metabolism
Ini adalah
pilihan jika anda ada bajet lebih, atau setelah anda berjaya mencapai tahap
kurus yang anda idamkan, teruskan dengan Cinch energy tea mix, rasa teanya yang
sangat umph! Tea mix ini dapat meningkatkan metabolisma, membakar lemak dan
mengekalkan kurus anda InsyaAllah.
Semoga kita
mendapat manfaat dari perkongsian ini…
Saya ingin
ingatkan teman teman, cadangan set kurus Shaklee ini bukanlah ubat kurus
seperti ubat kurus di pasaran, set ini merupakan supplement semulajadi yang
sememangnya diperlukan oleh badan tetapi sering terabai akibat cara pemakanan
dan kuantiti pengambilan yang tidak mencukupi. Ianya sangat semulajadi dan
tiada kesan sampingan berbahaya, anda hanya perlu konsisten mengambilnya dan
usahakan seiring dengan tips tips yang saya berikan di atas. Kesannya pantas
jika anda committed untuk kurus…jangan lupa berdoa kerana Allah sangat
sayangkan kita dan moga usaha kita dirahmatiNya.
Saya doakan
anda berjaya dengan SET KURUS SHAKLEE ini J
Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?
Hubungi Ain untuk :-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!
Pn.ain
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com