Showing posts with label Energizing Soy Protein(ESP). Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein(ESP). Show all posts

Friday, 11 April 2014

CARA MAKAN SET KURUS SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM...

Memandangkan ramai customers tanya saya macam mana cara makan yang betul untuk SET KURUS SHAKLEE jadi saya dengan berbesar hatinya menulis satu blog post khas untuk mereka yang bercita-cita besar ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.



Jom baca.

Mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

3 hari pertama berturut-turut amik herblax 3 biji setiap malam, then stop. Herblax ni tujuannya untuk cuci usus untuk tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi dalam badan. Ni untuk memberi kesan yang lebih efisen dalam penyerapan vitamin ke dalam badan.




Selepas 3 hari.

After breakfast : Breakfast macam biasa. (pastikan HEAVY. pagi-pagi makan heavy takpe, asalkan malam jangan heavy) Then amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard.


Morning Tea break : Amik 1 scoop Cinch. Dibancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya bukan air panas sebab protein akan musnah pada suhu tinggi, denatured) boleh juga dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. CINCH ni boleh memberi tenaga berterusan kepada badan kita. tujuan minum time tea break supaya lunch anda takkan makan banyak. tapi tetap makan


Tengahari : lunch macam biasa. Lepas lunch amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard. Lunch ni control pengambilan nasi. Amik nasi saiz genggaman tangan je. lebihkan sayur, sup dan buah tapi buah jangan lebih sangat sebab dalam buah ada gula gak.


saranan rasulullah pun supaya makan buah dulu sebelum makan nasi. untuk senang system perkumuhan berfungsi dan juga untuk bagi kita rasa yang light kenyang. jadi kita takkan amik banyak nasi dah untuk lunch sebab kita dah kenyang dengan buah.


Petang tea break around 3-5pm : minum CINCH segelas. Bancuh 1 scoop  dengan fresh milk/apa-apa minuman. tujuan minum time tea break supaya dinner u takkan makan banyak. sebab dah kenyang. tapi tetap makan. then amik 1 biji omega guard.





Malam : dinner macam biasa / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke sup ke. Cuma JANGAN HEAVY dan JANGAN skip makan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun. lepas tu amik alfalfa 3 biji.

Setiap weekend : amik 3 biji herblax pada sabtu malam dan 3 biji pada ahad malam. Amalkannya setiap minggu.


Paling Penting


DISPLIN! dan jangan depends dengan figure kat alat timbang. sebab dengan shaklee. ia tak pecahkan otot, tapi ia pecahkan lemak. jadi at least turun 200-500gram seminggu is good enough.


YANG PENTING ENJOY MAKAN VITAMIN


Note:

Energizing soy protein/Cinch : Bancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya. bukan panas sebab protin akan denatured/musnah pada suhu tinggi) boleh juga campur dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. ESP/cinch ni boleh memberi tenaga berterusan kepada diri peminumnya. ESP/cinch  tak boleh di ambil sekali dengan mana-mana multivitamin(Vitalea Shaklee). Nanti mengganggu penyerapan iron dalam multivitamin tu. Jarak pengambilan ESP/cinch dan multivitamin dalam 2 jam.

WAJIB FOLLOW


1) Minum air minimum 4-5 liter sehari (1 liter untuk berat setiap 25kg kalau contohnya anda berat 100kg, jadi anda kena minum minimum 4 liter air ye) kena sukat! bukan agak-agak je. kena sukat. beli bekas air yang ade indicator tu and then sukat. kena disiplin. ni sebab pengambilan vitamin dapat memekatkan darah kita.


jadi air sangat penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita. Minum 1.5 liter air dari pagi ke tengahari, 1.5 liter air dari tengahari ke petang dan 1.5 liter air dari petang ke malam. Minum sikit-sikit tapi berterusan. Kalau sebelum ni tak suka minum air. kena tukar habit demi dapatkan kesihatan yang baik dan kembali ke berat ideal.


Lagipon bagus kita minum air banyak sebab bole buang toksin dalam badan. Ni air putih je ye bukan air manis. air manis tak termasuk. Bagus sangat kalau anda bole skip amik air manis. kalau tiap hari anda amik air manis sebanyak 3 cawan, u reduce dulu kepada 2 cawan then kepada 1 cawan. berubah pelan-pelan. bukan drastic.


Begitu juga dengan pengambilan makanan. kalau selalu u makan penuh 1 pinggan nasi masa lunch then sekarang buang lah ckit amik ¾ je nasi then pasni bila dah stabil dan badan u bole terima perubahan. u bole amik 2/4 je nasi dari sebelum ni. berubah sikit-sikit. bukan drastic. kalau u berubah drastic badan xbole terima effect kesihatan u nanti and then badan u pon jadi malas nak kekalkan habit kurang pangambilan karbohidrat sebab u suffer. Saya bagi cadangan ni supaya u tak suffer dalam diet program.


2) Doa berterusan kepada Allah semoga Allah berikan ape yang u hajati. kita ni kadang-kadang kurang berdoa minta dari Allah. sebenarnya apa-apa pon kena mintak dengan Allah. sebab Allah ni akan bagi mengikut kehendak kita. tapi kalau Allah tak bagi tu maknanya tu bukan terbaik untuk kita. u mintak untuk Allah kuatkan u untuk berusaha ke arah menurunkan berat badan demi mendapatkan kesihatan yang baik sebab kalau u sakit susah nak beribadat kepada Allah. macam tu lah. Allah akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je. sabar-sabar.


3) Istiqamah atau berterusan dalam pengambilan vitamin, diet yang betul dan minum air. kalau kadang-kadang amik vitamin, kadang-kadang lupa kesan pon tak berapa memuaskan.


4) Makan makanan yang berkhasiat. makan ikut keperluan badan kita. bukan ikut selera kita. yang part ni kena improvekan dan tukar habit makan. u kena tahu berapa kalori yang u perlukan dalam sehari. tulis ape yang u amik setiap hari and then kena pandai kire berapa kalori bagi setiap makanan yang di ambil dan berapa sebenarnya badan u perlukan kalori.


5) Senaman tak bole tinggal. buat sikit-sikit. walau tak nampak turun banyak atau tak turun kena buat jugak sebab ia membantu mempercepatkan


6) Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk(sebab protein)







Elakkan:


1)      Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.

2)      Kurangkan pengambilan benda2 manis. cth: kuih yang manis. air yang manis. boleh amik…tapi kurangkan dari sebelum ni. pengurangan perlu bertahap.a
3)      Kurangkan pengambilan makanan segera. No fast food! No KFC, no mcD, no AMW, no! say no to fast food
4)      Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5)      Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. makan kerap takpe. asalkan jangan amik makanan banyak sekaligus. makan kerap pon amik yang kalori rendah la. jangan makan nasi pulak. yang banyak karbohidrat

Sekian semoga u diberi kekuatan untuk berjaya dalam program diet ni. kita berusaha sama-sama. Saya nak bantu anda.




Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??

Hubungi PN.AIN untuk:

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com
013 4657450 (SMS/WhatsApp)



Tuesday, 25 March 2014

5 KEBAIKAN ESP UNTUK IBU MENGANDUNG

5 Kebaikan ESP kepada Wanita Mengandung


ESP adalah kegemaran ramai orang. Masakan ia menjadi BEST SELLER produk bagi Shaklee. Ia sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Siapa nak cantik boleh ambil ESP, hasilnya kulit jadi mulus. Siapa nak kurus boleh ambil ESP, hasilnya rasa kenyang yang lebih lama dah tidak 'craving' untuk makan itu dan ini. 

Di sini saya nak cerita kebaikan dan kelebihan ESP untuk wanita mengandung. Ya, saya sangat teruja untuk berkongsi dengan ibu-ibu sekalian kerana saya juga sedang mengandung 7 bulan dan sangat menggemari minuman kegemaran ramai ini. ESP bukannya sebarang minuman, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo Soya, soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. 


Terdapat 5 Kebaikan Utama ESP untuk wanita mengandung

1. ESP meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu. 


ESP adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.



2. ESP Mengawal Berat Si Ibu dan Mengelak Serangan Diabetes

Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu-ibu mengandung, tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GImelambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu-ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Serangan diabetes terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.


3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini dan sangatlah penting si ibu mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 


4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.

Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lebih menarik kerana bantuan protein yang diminum. Parut juga berkurang kerana penggantian sel-sel baru ini. Si ibu akan juga merasa lebih menarik walaupun berbadan dua. Tidak lupa juga kulit bayi di dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 


5. ESP membantu ibu-ibu morning sickness dan alah di awal kehamilan. 

Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu-ibu mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa mual terutama apabila perut kosong. ESP membantumembekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang yang lebih lama. Tambahan pula, ia juga mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain


Nak tahu lebih lanjut tentang ESP?

  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian 
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. 
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program)bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. 
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadiisoflavones 
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.

Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..." 
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln." 
~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...." 
~ Pn. Eyna 

sumber : http://hebatkan.blogspot.com

TESTIMONI 1:




TESTIMONI 2:




TESTIMONI 3:


credit to: tipsihatselalu.blogspot.com

                                                                                                Hubungi PN.AIN untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com


013 4657450 (SMS/WhatsApp)

Monday, 24 March 2014

KHASIAT DAN KEBAIKAN ESP SHAKLEE

ESP!!! Mesti ramai yang dah biasa dengar tentang ESP ni??dah pernah cuba minum?? 

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein, termasuk sembilan asid amino penting yang TIDAK BOLEH DIHASILKAN OLEH BADAN dan SUKAR DIPEROLEHI daripada diet seharian kita. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Kekal Muda
  • Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
Mempertingkatkan Fungsi Hormon Wanita
  • Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
Rahsia Kulit Cantik dan Anjal
  • Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, anda disarankan untuk mengamalkan ESP Shaklee. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Ia juga mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping itu memperkuatkan otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.
Memulihkan Pigmentasi
  • Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Di samping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 
  • Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid,  prostat dan meningkatkan keupayaan seksual.
Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
  • Salah satu rahsia utama yang menyebabkan ESP Shaklee menjadi dambaan ramai penggemar soya adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan memberi tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP Shaklee membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain.
Memperbaiki Keupayaan Memori
  • Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavon yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kesimpulannya, terdapat 1001 kelebihan ESP Shaklee yang dapat memberi manfaat kepada kita dan setiap individu di dalam keluarga. Sekiranya anda masih juga keliru tentang kebaikan ESP Shaklee, cuba semak senarai di bawah. Jika anda tergolong dalam senarai tersebut, maka anda adalah salah seorang individu yang patut merasa kebaikan ESP Shaklee.

Siapa Patut Mengambil ESP Shaklee

  1. Ibu yang sedang hamil
  2. Ibu yang berpantang
  3. Ibu yang menyusukan anak
  4. Individu yang sibuk
  5. Wanita yang mementingkan kecantikan
  6. Wanita yang menginginkan kulit yang mulus, gebu dan berseri-seri
  7. Individu yang ingin mengurangkan berat badan
  8. Individu yang menginginkan kesihatan optimum
  9. Ahli sukan dan bina badan
  10. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan
  11. Pesakit kencing manis
  12. Pesakit yang menghidap ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tiada selera makan, gastrik dan sebagainya
  13. Pasangan yang menghadapi masalah kesuburan
  14. Individu lanjut usia
  15. Kanak-kanak sekolah
  16. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang lebih baik




                PROMOSI ISTIMEWA ESP SHAKLEE PADA BULAN MAC 2014. HUBUNGI SAYA SEKARANG!!

                                                                    Hubungi PN.AIN untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com

013 4657450 (SMS/WhatsApp)

Thursday, 20 February 2014

SET BERPANTANG TERBAIK,DI SHAKLEE

Kehebatan set berpantang shaklee !

Ramai ibu-ibu yang bertanya saya, set penyusuan mana yang terbaik untuk ibu-ibu berpantang, dan pastinya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD? Jawapan saya, tentulah Eu-Four Pack Plus, jemput baca ya..



Kelebihan set berpantang shaklee

- badan ibu kembali cergas selepas bersalin
- luka-luka cepat sembuh
- bayi terhindar dari jaundis / kuning
- vitamin yang tidak panas
- sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tak suka makan jamu
- sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan 
- kulit ibu lebih cantik lepas berpantang, kulit bayi juga gebuss
- elak sembelit, buang angin dalam badan
- tidak mengganggu penyusuan susu ibu
- susu lebih lancar, banyak... (sekiranya ibu tidak mengabaikan konsep penyusuan susu ibu)
- mengurangkan keguguran rambut 
- mengembalikan berat badan ideal..turunkan berat badan
- hilangkan kebas2 urat, tangan kaki 
- mengawal emosi atau lebih jelas 'meroyan' sewaktu berpantang

TESTIMONI DARI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE

Eizan Adzan
Salam semua
Sy nk share pengalaman sndiri menggunakan set bersalin shaklee ni. Sejak deliver baby no 2 semggu yg lepad, sy rasa bdn sihat bertenaga berbanding kali pertama dulu. Kuarga pun perasan keadaan sy ni. Kali ni sy bersalin melalui kaedah czer dan sy amat bersyukur sbb ditemukan dgn produk ni. Wlpun bb ada jaundis tp ianya amat membantu dgn penghasilan susu yg bnyk dan bb dpt minum dgn bnyk dan menurunkan bacaan jaundisnya. Di samping itu luka cepat baik dan yg plng sy suka keadaan parut czer tu xla seteruk yg pernah diceritakan oleh kwn2. Dgn pngambilan oste sy rase bdn amat bertenaga dan bgn pg dlm keadaan yg cergas. Sy amat berpuas hati dgn keadaan ni dan bersykur sgt.


Noor Akilla Salleh
Salam.. Nak share pengalamn sendiri ni..saya start makan shaklee baru je tu pon amek set berpantang yg sangat superb!! Okie..

1)Masa bersalin saya trauma bleeding sbb kesilapan hospital, so luka n jahitan yg banyak menyebabkan saya susah nak begerak..mmg takot la even nak duduk.
2) lepas 3hari dibenarkan kuar wad, hari kelima anak disahkan jaundis, tinggi lak tu bacaannye..kompom2 stress, degn sakitnye dgn anak kene tahan wad, mmg pantang cowboyla saya, so bile anak kuning saya xbleh makan ape2 jenis jamu pon..
3) makin hari sakit luka xsembuh..rasa ngilu, kebas n nyut2 betambah2..hehe.
4) Then bile saya review balik pasal shaklee, saya terus decide nk amek, actually penah usha2 masa preggy, tp mak mntua suh mam jamu je dats y x beli, now bile da 2minggu jahitan n luka xbaik2 br rasa nyesal...hahah
5) After dapat set berpantang, saya trus cepat2 minum esp tu, dah la sodap, susu plak..xpayah cakap...TERPANCUT2 bile anak lepaskan time menyusu, habis baju n muka baby..hehe..lau pam tu..memey meriahla...sebelah je dapat lebih 4oz...perghh..bangga ibu..
6) Dan yang paling saya rasa bahagia bile luka jahitan yg banyak tu da semakin sembuh, jalan pon xtakot, nak duduk lagila xtakot...lau dulu nk duduk pon rasa ngeri, now siap da bleh bersila..baru SEMINGGU tau amek set berpantang nie!!!
7) tang badan plak memey rasa segar je n bertenaga even jadi JAGA kan malam2, anak kuat menyusu, sejam sekali bangun, tapi xde hal..bile siang pon, saya maintain lagi..xdela rase mngantok sangat..BERBEZA bile xamek shaklee..
Jadik....kesimpulannye kat sini SHAKLEE memey BEST... Lau org dtg melawat, mesti saya dok puji2 shaklee nie, sbb org asyik tegur sya macam org xpantang..hahahah... Mesti kene teruskan dengan shaklee after diz sbb da fall in love ngn Shaklee...tq...

P/S: menyesal xamek shaklee pas besalin dulu...xdela asyik terbaring je sbb takot nk gerak n duduk..memey menyesal!!! Hahahhaha...


Puan ana
Salam..
just nak share ttg shaklee set berpantang..honestly mmg superb!sangat berbeza ngan kelahiran pertama dahulu thn 2010.b4 this,saya tetlalu fobia nak bersalin 2nd baby kali nih coz waktu anak pertama sembelit teruk,jahitan lmbt baik,susu badan amik masa betminggu baru nak ad tu pun lepas berurut..n yg paling xbesh badan sgt lesu n lemah x bertenaga.so bersalin kali neh decide amek set trial berpantang shaklee lepas berbulan survey testimoni org n baca info kat blog..alhamdulillah saya selamat bersalin br2 nih.
Hari ni genap 6 hari saya berpantang dan 6 hari jugak saya try set berpantang shaklee dan ostematrik untuk cegah sembelit..syukur segalanya dipermudahkan..sy x sembelit langsung buat masa sekarang,jahitan tak rasa sakit sangat dan luka lebih cepat baik dari dulu n yang paling besh hari ke 3susu dah ada n cim b pon mula membengkak walo tak berurut..famili pun perasan..saya lebih bertenaga kali nih berbanding dulu,memang best set nih..

Anie Arie

Salam ..nak share la jugak set berpantang shaklee..memang terbaik tambah ostematrik..now saya dah 31 pantang..luka bersalin alhamdulillah dah sembuh..rahim pn kecut cepat sgt berbanding first bby..nak buang air besar pn x de rasa takut2 ag.semua berjaln lancar..alhamdulillah..b4 bersalin berat 63.5 kg..now dah 52.5 kg..hihi bestkan dah trn 11 kg..badan jadi cergas n sihat aja.selain tu ambik gak vit e..kulit n rambut jadi sihat je.thanks shaklee..pasni nak mkn sampai bila2..hihi


Ziela

Assalam sis..
saya dah seminggu berpantang..memang best ambil set berpantang shaklee nih..susu mencurah2..luka pun dah baik,benang dah ada yang tertanggal..memang best badan pun segar je tak macam berpantang baby first dulu...saya dah buat keje sendiri basuh baju n lampin baby.masa sidai baju kat luar jiran depan rumah tanya mak saya dia tak jait ke..tengok cergas je siap sidai baju lagi.mak cakap banyak jait luka dia..entah lah dia makan ubat ape ke dalam pantang kali ni..hehe


Suaida Binti Mohamad
sharing : setahun setengah yg lalu...sewaktu di dalam pantang melahirkan afini.. sukarnye nk berpijak di lantai tanpa berstokin kerana sakit tumit kmgkinn lntai yg sejuk.. dan demand yg tinggi krn xboleh baring di atas toto nk kena tilam yg empuk. Namun setelah makan Ostematrix (1st time kenal shaklee) sy xperasan yg sy bjln tnpa stokin dan boleh baring dpn tv hanya beralaskan tikar buluh. sakit ngilu tiada sakit pinggang pun hilang. Terima kasih ya Allah, kerana temukan aku dgn penawar sakitku yg ku makan sehingga sekarang.


credit to: http://isyadkisya.blogspot.com/




                                                              Hubungi PN.AIN untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com

013 4657450 (SMS/WhatsApp)