Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts

Friday, 11 July 2014

RESDUNG BOLEH MEMBAWA MAUT??

Dari segi Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Dari istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 

RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Resdung juga adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

Tanda-tanda resdung:
--> gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, 
--> sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.
Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat. 

GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya


KEMUDARATAN RESDUNG(SINUSITIS)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

Suami saya juga salah seorang penghidap resdung yang agak teruk. Alhamdulillah setelah 2 bulan mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE,,resdungnya semakin pulih..Hidung pun x tersumbat n boleh makan seafood tanpa perlu berpantang..
                                     
      

Jom rawat resdung dengan cara paling selamat dan berkesan..100%semulajadi..dijamin berkesan!
Order di bawah sekarang,mudah bukan??
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ad48ef812e1189e7c488a956e7a3676c

Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?

Hubungi Ain untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Pn.ain
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com
013 4657450 (SMS/WhatsApp)

Monday, 5 May 2014

CARA MERAWAT RESDUNG

CARA MERAWAT RESDUNG

Resdung adalah masalah biasa yg selalu terjadi di kalangan rakyat malaysia kini..tapi harus diingat, resdung ni kalau tak dirawat, boleh mengundang maut juga tau..
Macam menakutkan lak bunyinye ni..

Apa itu resdung?
Resdung ni merupakan virus kanser yg hidup dibawah lapisan kulit. Darah kotor yg mengalir merupakan punca terjadinya jerawat di muka akibat resdung ni. Virus ni juga mengalir bersama darah yg mana boleh mengakibatkan kerosakan organ-organ tertentu dlm badan...Jadi jangan ambik remeh tentang penyakit resdung..

Macam mana nak tau simptom resdung ni??
ok..simptom2 dia ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair terutama sekali waktu pagi, bersin selalu, mulut bau busuk, jerawat batu atau jerawat biasa, gatal-gatal seluruh wajah,gatal-gatal pada badan tertentu, "gatal tangan tak termasuk okay  :-) " , kahak banyak di kerongkong sertaa hidung berdarah..

Bagaimana pula cara nak rawat dia?..
Pengalaman sy sendiri (ni bukan nak kondem mn2 spa yg buat rawatan resdung yea..ni sekadar pengalaman sy..terpulang pada diri masing2 nak buat rawatan macam mn..yg penting ikhtiar cara nak berubat), sy pernah buat rawatan facial resdung yg mn menggunakan kaedah asap..Honestly memang x tahan..asap2 ni tambahan lak sy ni ada alah terhadap asap2 ni..jadi kejap buat rawatan kejap tidak...buat rawatan pun x hilang juga resdung sy ni..haiii..mcm mn la nk kurangkan resdung ni..nak berubat kampung yg guna kaedah keluarkan lendir tu..ishh.rasa mcm geli la pulak....so sy buat research cara nak merawat resdung guna kaedah moden..

Akhirnya..saya temui vitamin resdung Shaklee ni..Alhamdulillah..resdung saya pun dh semakin hilang,saya menghidap resdung,tapi tiada simptom jerawat..cuma bangun pagi hidung tersumbat dan berair,..agak rimas rasanya,,


Antara vitamin yang terkandung dalam Set Resdung ni..oh yea Set ni juga boleh utk mereka yg ada Asma atau Elergi okay..





  1. Vitamin C sustained release 500 mg >> memperbaiki sel-sel rosak, antioksidan
  2. Vitamin B complex >> penstabil hormon dan sebagai agen penenang utk kurangkan stress.
  3. Alfafa Shaklee >> membantu mengurangkan keradangan dan gatal2 akibat 5 penyakit seperti yg sy sebutkan sebelum ni. (p/s alfafa ini tidak boleh diambil bg mereka yg menghidap penyakit SLE iaitu penyakit antibodi berlebihan dalam badan) Alfafa juga mengandungi Vitamin A dan Vitamin E..jadi bagus utk mengurangkan jerawat.
Cara pengambilannya mudah jer
  1. Vitamin c hanya perlu ambil 2 kali sehari iaitu setiap pagi dan malam
  2. B-complex hanya sebiji sahaja sehari
  3. Alfafa perlu ambil 4 biji sehari (2 biji pagi dan 2 biji malam)

Dengan pengambilan yg konsisten dan air masak yg cukup, vitamin ini mampu merawat penyakit resdung yg kronik tanpa perlu membuat rawatan resdung.Insyallah, kita hanya mampu berusaha, doa dan tawakal..

Jadi jangan tunggu lagi..kalau rasa nak cuba dulu boleh ambik set trial..dh rasa serasi boleh bertukar kepada full set pula..hubungilah saya sekarang..Jangan sampai resdung tu melarat baru nak cari penawarnya...

                                          Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??

                            Hubungi PN.AIN untuk:

                            FREE CONSULTATION

                             BEST PRICE and

                            BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


                                           

                         PN.NURUL 'AIN
                           Shaklee ID : 1101481
                           sidmsia@gmail.com
                         013 4657450 (SMS/WhatsApp)

MERAWAT DAN MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG

Assalamualaikum..selamat pagi semua,,semoga mendapat kesihatan yang baik..amin..
Entry hari ini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai kesihatan JANTUNG. Jantung merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting kerana berfungsi mengepam darah beroksigen dan nutrient ke seluruh badan seperti sungai yang mengalir,memberi kehidupan kepada manusia. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup dengan ceria,aktif dan gembira.
Namun tanpa kita sedari, penyakit jantung menjadi PEMBUNUH senyap di kalangan kaum lelaki malah wanita dan ianya semakin menular dalam masyarakat.Namun bagi wanita,mereka memiliki tahap estrogen yang tinggi (sebelum menopaus) menjadikan kaum lelaki boleh mendapat penyakit ini 10 tahun lebih awal dari kaum wanita.
Gejala Penyakit Jantung
Penyakit jantung korinari juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Hal ini selalunyanya disebabkan oleh salur darah pada jantung tersumbat. Kekurangan darah yang berterusan mampu menyababkan kegagalan atau kematian otot pada jantung untuk terus berdegup dan boleh menyebabkan mati mengejut. Oleh itu, sebelum ia menjadi lebih parah, baik kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini dan lakukan persediaan dan pencegahan awal.
Tanda Awal Penyakit Jantung
  1. Sakit dada. Hal ini disebabkan oleh oto-otot jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
  2. Sukar bernafas. Ia juga dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea di mana jantung kurang kemampuan untuk mengepam darah ke seluruh badandan kembali semula ke jantung dan paru-paru. Kesukaran bernafas juga berlaku di waktu malam dan kebiasaanya ketika tidur dan sedang baring. Untung mengatasi masalah ini, boleh amalkan dengan menarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya perlahan-lahan.
  3. Kurang selera makan. Pengumpulan cairan dalam hati atau system pencernaan mengakibatkan kurang selera makan.
  4. Kerap Buang Air Kecil. Berlaku apabila cairan melalui aliran darah terkumpul pada ginjal pada siang hari.
  5. Mudah letih ,lelah, pening kepala dan muntah. selalunya berlaku tanpa sebab. Hal ini keranan tubuh tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
Antara Punca Bagi Risiko Penyakit Jantung
  • Obesiti (BMI melebihi 30kg/m2)
  • Darah Tinggi
  • Merokok
  • Tahap Kolestrol yang tinggi
  • Kurang aktif
  • Kencing manis
  • Mikroalbuminuria atau anggaran GFR kurang 60 mL/min
  • Sejarah keluarga menghidap penyakit jantung
Tips Mencegah Penyakit Jantung
Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung:
  • Mengawal tekanan darah
  • Berhenti merokok
  • Membuat pemeriksaan tahap kolestrol
  • Menjaga pola pemakanan yang seimbang dan tinggi serat (buah dan sayuran).
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Membuat pemeriksaan kencing manis dan jika dijangkiti,pastikan ia di bawah kawalan.
  • Pemeriksaan kesihatan yang berkala.
Namun begitu,senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit, kita mampu mencegah penyakit jantung di peringkat awal.
  • Menguatkan dan meningkatkan keupayaan otot jantung dan mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Meningkatkan kadar kandungan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung.
  • Meningkatkan tahap kolestrol baik sebagai pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolestrol berketumpatan tinggi’ (HDL).
  • Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan.
  • Mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan stress dan tekanan perasaan.
  • Membantu anda tidur dengan nyenyak.
SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Dalam dunia serba moden dan arus pembangunan yang pesat menjadikan manusia semakin sibuk dan menyebabkan aktiviti harian terbatas dengan karier dan kerjaya. Namun begitu,ia bukanlah alasan untuk kita mengabaikan kesihatan jantung. Pelbagai supplement terhidang di luar sana namun haruslah bijak untuk memilih sesuatu yang tulen dan semulajadi. Antara supplement yang terbaik untuk penjagaan jantung ialah:
jantung unggul
Sahabat Jantung Anda
CoQ Health Plus
  • Membantu menyokong penghasilan tenaga kepada jantung.
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Menggalakkan kesihatan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL.
  • Membantu mengekalkan dan menambah kandungan CoQ10 dalam darah.
  • Merawat kegagalan jantung.
  • Membantu dan memelihara tekanan darah pada tahap normal.
  • Membaiki kesihatan kardiovaskular.
  • Membantu melancarkan aliran darah.
Lecithin
  • Melindungi system jantung dari masalah kolestrol (fat emulsifier)
  • Memecah serta mencairkan lemak dan kolestrol.
  • Mengurangkan lemak yang tersumbat di dalam salur darah.
  • Meningkatkan tahap kolestrol baik (kolestrol berketumpatan tinggi,HDL)
**Amat berkesan diambil bersama EPA dan Fiber (Omega Guard dan Alfalfa)
Alfalfa Complex
  • Bertindak sebagai span menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolestrol dari tubuh.


                                               
Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??

Hubungi PN.AIN untuk:

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!



PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com
013 4657450 (SMS/WhatsApp)

Friday, 11 April 2014

CARA MAKAN SET KURUS SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM...

Memandangkan ramai customers tanya saya macam mana cara makan yang betul untuk SET KURUS SHAKLEE jadi saya dengan berbesar hatinya menulis satu blog post khas untuk mereka yang bercita-cita besar ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.



Jom baca.

Mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

3 hari pertama berturut-turut amik herblax 3 biji setiap malam, then stop. Herblax ni tujuannya untuk cuci usus untuk tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi dalam badan. Ni untuk memberi kesan yang lebih efisen dalam penyerapan vitamin ke dalam badan.




Selepas 3 hari.

After breakfast : Breakfast macam biasa. (pastikan HEAVY. pagi-pagi makan heavy takpe, asalkan malam jangan heavy) Then amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard.


Morning Tea break : Amik 1 scoop Cinch. Dibancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya bukan air panas sebab protein akan musnah pada suhu tinggi, denatured) boleh juga dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. CINCH ni boleh memberi tenaga berterusan kepada badan kita. tujuan minum time tea break supaya lunch anda takkan makan banyak. tapi tetap makan


Tengahari : lunch macam biasa. Lepas lunch amik 3 biji lecithin dan 1 biji omega guard. Lunch ni control pengambilan nasi. Amik nasi saiz genggaman tangan je. lebihkan sayur, sup dan buah tapi buah jangan lebih sangat sebab dalam buah ada gula gak.


saranan rasulullah pun supaya makan buah dulu sebelum makan nasi. untuk senang system perkumuhan berfungsi dan juga untuk bagi kita rasa yang light kenyang. jadi kita takkan amik banyak nasi dah untuk lunch sebab kita dah kenyang dengan buah.


Petang tea break around 3-5pm : minum CINCH segelas. Bancuh 1 scoop  dengan fresh milk/apa-apa minuman. tujuan minum time tea break supaya dinner u takkan makan banyak. sebab dah kenyang. tapi tetap makan. then amik 1 biji omega guard.





Malam : dinner macam biasa / if tak makan, make sure ada makan biskut ke roti ke sup ke. Cuma JANGAN HEAVY dan JANGAN skip makan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana nafsu makan anda akan bergelora dan metabolisma badan anda akan menurun. lepas tu amik alfalfa 3 biji.

Setiap weekend : amik 3 biji herblax pada sabtu malam dan 3 biji pada ahad malam. Amalkannya setiap minggu.


Paling Penting


DISPLIN! dan jangan depends dengan figure kat alat timbang. sebab dengan shaklee. ia tak pecahkan otot, tapi ia pecahkan lemak. jadi at least turun 200-500gram seminggu is good enough.


YANG PENTING ENJOY MAKAN VITAMIN


Note:

Energizing soy protein/Cinch : Bancuh dengan air kosong (yang biasa suhunya. bukan panas sebab protin akan denatured/musnah pada suhu tinggi) boleh juga campur dengan jus atau air lain selain tea dan kopi. ESP/cinch ni boleh memberi tenaga berterusan kepada diri peminumnya. ESP/cinch  tak boleh di ambil sekali dengan mana-mana multivitamin(Vitalea Shaklee). Nanti mengganggu penyerapan iron dalam multivitamin tu. Jarak pengambilan ESP/cinch dan multivitamin dalam 2 jam.

WAJIB FOLLOW


1) Minum air minimum 4-5 liter sehari (1 liter untuk berat setiap 25kg kalau contohnya anda berat 100kg, jadi anda kena minum minimum 4 liter air ye) kena sukat! bukan agak-agak je. kena sukat. beli bekas air yang ade indicator tu and then sukat. kena disiplin. ni sebab pengambilan vitamin dapat memekatkan darah kita.


jadi air sangat penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan kita. Minum 1.5 liter air dari pagi ke tengahari, 1.5 liter air dari tengahari ke petang dan 1.5 liter air dari petang ke malam. Minum sikit-sikit tapi berterusan. Kalau sebelum ni tak suka minum air. kena tukar habit demi dapatkan kesihatan yang baik dan kembali ke berat ideal.


Lagipon bagus kita minum air banyak sebab bole buang toksin dalam badan. Ni air putih je ye bukan air manis. air manis tak termasuk. Bagus sangat kalau anda bole skip amik air manis. kalau tiap hari anda amik air manis sebanyak 3 cawan, u reduce dulu kepada 2 cawan then kepada 1 cawan. berubah pelan-pelan. bukan drastic.


Begitu juga dengan pengambilan makanan. kalau selalu u makan penuh 1 pinggan nasi masa lunch then sekarang buang lah ckit amik ¾ je nasi then pasni bila dah stabil dan badan u bole terima perubahan. u bole amik 2/4 je nasi dari sebelum ni. berubah sikit-sikit. bukan drastic. kalau u berubah drastic badan xbole terima effect kesihatan u nanti and then badan u pon jadi malas nak kekalkan habit kurang pangambilan karbohidrat sebab u suffer. Saya bagi cadangan ni supaya u tak suffer dalam diet program.


2) Doa berterusan kepada Allah semoga Allah berikan ape yang u hajati. kita ni kadang-kadang kurang berdoa minta dari Allah. sebenarnya apa-apa pon kena mintak dengan Allah. sebab Allah ni akan bagi mengikut kehendak kita. tapi kalau Allah tak bagi tu maknanya tu bukan terbaik untuk kita. u mintak untuk Allah kuatkan u untuk berusaha ke arah menurunkan berat badan demi mendapatkan kesihatan yang baik sebab kalau u sakit susah nak beribadat kepada Allah. macam tu lah. Allah akan kabulkan. Cuma cepat atau lambat je. sabar-sabar.


3) Istiqamah atau berterusan dalam pengambilan vitamin, diet yang betul dan minum air. kalau kadang-kadang amik vitamin, kadang-kadang lupa kesan pon tak berapa memuaskan.


4) Makan makanan yang berkhasiat. makan ikut keperluan badan kita. bukan ikut selera kita. yang part ni kena improvekan dan tukar habit makan. u kena tahu berapa kalori yang u perlukan dalam sehari. tulis ape yang u amik setiap hari and then kena pandai kire berapa kalori bagi setiap makanan yang di ambil dan berapa sebenarnya badan u perlukan kalori.


5) Senaman tak bole tinggal. buat sikit-sikit. walau tak nampak turun banyak atau tak turun kena buat jugak sebab ia membantu mempercepatkan


6) Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Jikalau masih tidak kenyang, tambahkan lauk(sebab protein)







Elakkan:


1)      Minum banyak kopi dan teh. Sebab ia mengandungi kafein. Tak bagus untuk diri kita.

2)      Kurangkan pengambilan benda2 manis. cth: kuih yang manis. air yang manis. boleh amik…tapi kurangkan dari sebelum ni. pengurangan perlu bertahap.a
3)      Kurangkan pengambilan makanan segera. No fast food! No KFC, no mcD, no AMW, no! say no to fast food
4)      Elakkan air bergas dan makanan yang berminyak dan makanan berlemak
5)      Elakkan dari makan makanan dalam jumlah yang banyak sekaligus. makan kerap takpe. asalkan jangan amik makanan banyak sekaligus. makan kerap pon amik yang kalori rendah la. jangan makan nasi pulak. yang banyak karbohidrat

Sekian semoga u diberi kekuatan untuk berjaya dalam program diet ni. kita berusaha sama-sama. Saya nak bantu anda.




Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??

Hubungi PN.AIN untuk:

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com
013 4657450 (SMS/WhatsApp)