Wednesday 9 July 2014

KANAK-KANAK DAN PUASA


MENDIDIK anak berpuasa adalah salah satu tugas ibu bapa. Walaupun puasa hanya diwajibkan ke atas individu telah baligh, latihan berpuasa perlu dimulai sejak kecil lagi. Latihan ini hanya sebulan dalam setahun. Oleh itu, setiap kali Ramadan, latihan berpuasa untuk anak amat penting dan setahun demi setahun usia semakin meningkat yang mana tiba masanya mereka wajib berpuasa apabila baligh. Latihan berpuasa untuk anak sebenarnya bukan sekadar menahan diri daripada makan, tetapi memberitahu kepada mereka bahawa orang dewasa sedang berpuasa tidak boleh makan, minum dan perkara lain, juga sebahagian daripada latihan ‘berpuasa’ kepada kanak-kanak.

Latihan itu boleh didedahkan kepada mereka sejak usia empat atau lima tahun. Ketika usia itu mereka sudah boleh memahami erti larangan itu. Pada usia itu, kanak-kanak sudah boleh diberitahu agar menghormati orang berpuasa dengan tidak makan di depan orang berpuasa.

Beritahu kepada anak-anak, Allah benci orang yang tidak berpuasa makan depan orang berpuasa. Pengetahuan berkaitan agama seperti taat terhadap perintah Allah perlu disemai dalam kehidupan anak-anak seawal mungkin.
Biarpun ia nampak satu perkara remeh, asas didikan agama perlu dimulakan sejak awal lagi. Jika anak berusia dua atau tiga tahun sudah diajar A, B, C, mengapa pula soal-soal agama tidak didedahkan seawal mungkin.
Masa terbaik bagi melatih kanak-kanak berpuasa dengan erti kata menahan diri daripada makan dan minum ialah usia enam tahun. Pada usia itu kanak-kanak sudah memasuki prasekolah dan mula hidup berdikari.
Namun, terdapat panduan yang sesuai diikuti agar latihan itu tidak mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak dan ibu bapa sendiri. Sebenarnya dari segi fizikal, kanak-kanak agak lemah untuk menahan lapar dalam tempoh panjang. Kanak-kanak perlu makan dalam tempoh selang masa lebih singkat berbanding orang dewasa.

Berpuasa setengah hari atau mengikut kemampuan mereka adalah cara latihan berpuasa untuk tahun pertama. Malah ada ibu bapa hanya melatih bersahur saja. Mereka diberikan satu gambaran bahawa orang berpuasa perlu bersahur pada awal pagi dan kemudian tidak makan sepanjang hari. Manakala makan semula pada waktu berbuka setelah mendengar azan Maghrib.
Segala keadaan ini perlu dijelaskan kepada kanak-kanak agar mereka mengerti mengenai amalan berpuasa.

Pada peringkat awal belajar berpuasa, konsep motivasi puasa biasa digunakan untuk menggalakkan kanak-kanak berpuasa. Kaedah yang sering dilakukan ialah ‘upah’ berpuasa seperti dapat duit raya, baju raya 'extra' atau lain2 yang menggembirakan mereka.

Kejayaan berpuasa sekerat hari atau bilangan hari berjaya puasa penuh dikira menentukan ganjaran dijanjikan. Ganjaran itu dalam bentuk wang atau menunaikan permintaan mereka.

Set Mighty 3 Gems Shaklee sangat membantu proses berpuasa anak-anak dan juga orang dewasa..InsayaAllah anak anda pasti segar dan cergas sepanjang berpuasa...^_^.Berikan mereka rasai kehebatan dan khasiatnya sendiri pada setiap waktu sahur ataupun berbuka puasa..ibadah puasa pasti tidak membebankan mereka.

UNTUK ORDER,KLIK SAHAJA LINK DI BAWAH..SELAMAT BERPUASA,KEKALKAN GAYA HIDUP AKTIF SEPANJANG RAMADHAN.!!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ab102f349d018649e5e5a7db577f059a
Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?

Hubungi Ain untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Pn.ain
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com
013 4657450 (SMS/WhatsApp)


2 comments:

  1. betul tu..kanak2 yang telah dilatih berpuasa sejak dari kecil akan membesar dengan merasakan puasa itu bukan suatu beban untuk mereka...

    Regards,
    -Strider

    ReplyDelete
  2. kena train depa tidak nanti jadi masalah bila besaq

    ReplyDelete