Tuesday 8 July 2014

BAHAYAKAH SIMPTOM SELEPAS BERSALIN

Alhamdulillah...pejam celik je dah masuk Fasa ke 2 Bulan Ramadhan..Cepat je masa berlalu..Apapun,pastikan momentum kita pada bulan puasa sentiasa 'maintain' hingga ke penghujung..insyaALLAH...ok lah awal pagi ni jom kita baca sikit pasal simptom selepas bersalin..


Simptom selepas bersalin?Sedikit pendarahan, ketidakselesaan dan keletihan adalah perkara biasa selepas melahirkan bayi, dan sedikit usaha untuk membantu diri biasanya cukup bagi mengatasinya (cuba lihat artikel kami tentang anda selepas bersalin). 

Senarai berikut akan membantu anda mengenalpasti sama ada anda memerlukan rawatan serta-merta ataupun boleh menunggu sehingga waktu kerja biasa. Jika terdapat sebarang keraguan, hubungi doktor anda dengan segera. 

Keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan segera

Pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami mana-mana yang tertera di bawah: 
  • Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba 
    Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera. 
  • Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
    Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya. 
  • Tekanan darah tinggi
    Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya. 
  • Nafas pendek
    Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru). 
  • Sakit dada
    Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital. 
  • Sakit betis
    Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit. 
  • Berfikir hendak membunuh diri
    Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda. 
  • Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
    Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan. 
  • Demam yang sangat panas (38 darjah C)
    Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda. 
  • Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
    Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar. 

Keadaan yang cemas, tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut: 
  • Rembesan faraj yang berbau busuk
    Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj. 
  • Perut yang sakit
    Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum (lihat atas). 
  • Buasir yang teruk atau bengkak
    Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan. 
  • Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
    Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya. 
  • Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
    Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda. 
  • Punggung bocor
    Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.

Sebab kita perlu memilih Set Bersalin Shaklee:
  1. Set bersalin yang baik boleh digunakan untuk bersalin normal dan pembedahan.
  2. Tak perlu tunggu dua minggu, terus boleh makan lepas bersalin. Bukan Jamu
  3. Kelebihan Set Shaklee, 100% semulajadi, ada sijil halal dan mudah digunakan.
  4. Harga Runcit Set Bersalin Shaklee: Set Asas RM269 Set Penuh RM469


Harga Set Bersalin Shaklee (Vitalea+ B Complex+Vita C+ Zinc+Pos) RM269
Harga Runcit Set Bersalin / Berpantang  Shaklee untuk full set  RM469

APA YANG ADA DALAM FULL SET 'SET BERSALIN SHAKLEE'???



1) Vitamin B Complex bersama A. Folik


Peranan B Complex Shaklee dalam set ini sebagai Anti Stress pada ibu berpantangKesan yang dapat dilihat pada si ibu menjadikan mereka lebih tenang dan membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran. 

2) Sustained Release Vitamin C


Vitamin C membantu tubuh melawan penyakit kerana ia meningkatkan daya tahan tubuh. Selain itu, vitamin c juga membantu  penyembuhan luka jahitan (samada daripada pembedahan caeser Czer (aka Cesarean) atau normal) dan memullih tisu yang rosak selepas bersalin. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi


Lanjutan dari Vitamin  C, Produk Vitalea melengkapkan keperluan vitamin harian kita dengan membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan oleh sistem tubuh untuk kembali  beroperasi dengan nutrient yang diperlukan. Antara mineral yang penting adalah zat besi, komponen penting pembentukan sel darah merah yang berkualiti untuk membantu badan kita kembali cergas. 

4) Zink Complex

Zink penting dalam membaiki luka pembedahan dan dalaman disamping membantu anak yang disusukan mendapat bekalan zink melalui penyusuan badan secara tidak langsung.Pengalaman saya sendiri memang teruja dengan keberkesanan zinc complex ni..Walaupun bersalin 'ceaserean',tapi cepat sangat recover..Parut ceaser pun tak sakit selepas 2 minggu. Boleh berjalan dengan pantas..bidan pun terkejut,,hehe..

Zinc complex didalam set bersalin shaklee membantu luka pembedahan dan bersalin sembuh dengan lebih baik. Masalah keguguran rambut juga dapat dikurangkan dengan zinc.

Bagi lelaki, zink berfungsi meningkatkan kesuburan mereka. Menjadikan sperma lebih berkualiti dan meninggikan peluang mendapat anak. 

5. Shaklee ESP (Energizing Soy Protein) 
Protein daripada soya yang dirumus khas didalam Energizing Soy Protein ini akan menampung keperluan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu badan bagi keperluan anak. 

ESP Shaklee ni salah satu produk wajib untuk kekal slim. Terutama untuk kawan kawan yang nak kuruskan badan tetapi mengalami gastrik

6. Shaklee Ostematrix 
Kalsium adalah komponen utama susu ibu selepas protein. Kehadiran kalsium mengelakkan sembelit dan stress pada ibu. Ramai dari rakan rakan dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan. 

Haa,menarik kan set bersalin ni..order di link bawah ni..untuk harga jauh lebih murah,daftar ahli dulu ye..^_^

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2e11fe8529da207b7f069d6477a41368


Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?

Hubungi Ain untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

Pn.ain
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com
013 4657450 (SMS/WhatsApp)

No comments:

Post a Comment