Tuesday 22 April 2014

SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

SET SHAKLEE UNTUK GEMUK, DARIPADA KUANG BERSELERA KEPADA BERPINGGAN-PINGGAN MAKAN


Assalamualaikum, aper khabar semua pembaca blogger? Saya doakan semua sihat walafiat. Hari nie topik saya adalah NAK GEMUK, TAPI MAKAN BANYAK PON TAK GEMUK. Ada di antara kita yang sedang risau kenapa badan kurus melidi, muka cengkung, badan macam papan, dan kelihatan tidak cantik jika terlalu kurus.

Kurus pada istilahnya memang cantik, senang nak pilih saiz baju, dan sesuai mengenakan aper jek fesyen pakaian. Tapi dah kalau nampak macam tak sihatdan tak bertenaga tak cantik jugaklahh kan.

Mungkin rutin harian sebagai ibu, sibuk dengan kerja di pejabat, balik rumah sibuk dengan anak2 dan kerja rumah pulak sehingga tak sempat menjamah hidangan. Badan yang dulunya gebu gebas kini kehilangan serinya. Berat ideal turun berkilo2 menjadikan anda underweight,,


Oklahh..ARTIKEL HARI NIE AKAN MENOLONG ANDA MENJAWAB PERSOALAN INI.

tiba masa untuk Bebaskan diri anda dari rasa rendah dir, berikan peluang ke dua. Jangan risau ader cara mudah dan sedap untuk tabahkan selera makan dan dapatkan semula figure / bentuk badan yang diingini.

Insyaallah ianya berkesan.


Ok Saya perkenalkan SET GEMUK SHAKLEE yang boleh jadi kawan Baik Anda 

SET INI TERDIRI DARIPADA 3 ITEM :-

1. MEAL SHAKE SHAKLEE _;-

# Mealshake ini bukan sahaja sedap malah mengandungi 24 jenis Vitamin dan Mineral

# Kaya dengan protein dan bebas laktosa ( tiada alahan susu lembu )

# Anti oksida berfungsi memusnahkan radikel bebas penyebab kanser

# Membantu tumbesaran dengan zat di perlukan utk membina tulang dan sel2 utk proses 
tumbesaran

# Mengembalikan seri wajah kerana mengandungi vitamin B yang lengkap dgn Zat Besi

# Menyahtoksin dan racun dari badan dgn kandungan sera larut

# Rasa vanilla yang sedap dengan bau yg mengancam


2.VITALEA DENGAN IRON

VITALEA ini nenek Moyang Vitamin di dunia. Perkataan Vitamin tu pun datang dari Vitalized Mineral yang disingkatkan kepada Vitamin.

Dalam Vitalea Tablet, banyak zat diperlukan tubuh dipadatkan dalam saiz untuk menjaga kesihatan anda dan keluarga.



Manfaat Vitalea dalam kehidupan seharian adalah :-

1. membantu kecerdasan tubuh dan kekuatan mental

2. Melengkapkan keperluan zat harian tubuh akibat diet tak seimbang

3. Membantu perkembangan tubuh kanak-kanak




4. Membantu meningkatkan metabolisma dan awet muda

5. Membantu kesihatan organ buah pinggang, jantung dan hati

Selepas semua zat dalam badan cukup, barulah sistem badan berjalan dengan lancar.


3. VITAMIN B COMPLEX

Vitamin ini sangat penting utntuk tubuh yang sihat. 

Tambahkan selera makan , anti stress dan bantu pembebasan tenaga dari makanan.

Ianya juga berperanan dalam kesihatan kulit.Pelembap dan menghalang pigmentasi pada kulit.


MANFAAT LAIN B COMPLEX PADA TUBUH ADALAH :-

1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut.

2. Membantu penghasilan tenaga

3. Membantu mengatasi kemurungan dan stress kerana ia adalah nutrien anti tekanan

4. Membantu untuk mengelakkan sawan

5. Membantu penghasilan tenaga

6. Membina tindak balas imun melawan penyakit

7. membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan




Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??

Hubungi PN.AIN untuk:

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com
013 4657450 (SMS/WhatsApp)

10 TIPS HILANGKAN PERUT BUNCIT DENGAN PANTAS



Perut Buncit / Boroi Lelaki

Perut boroi? adakah anda mengalami masalah yang seperti ini?, Cabaran buat lelaki bila perut dah macam ini. Jom baca tentang 10 petua yang dimaksudkan.

Bagaimana mengatasinya? Berikut adalah beberapa tip daripada Dr. Selfie:


1. Makan lemak sihat
Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr. Mehmet Oz, dari Colombia University. Sebenarnya perkara yang harus dilakukan ialah berhenti makan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum murni. Makanlah lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.

2. Turuti keinginan tubuh
Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan tubuhnya ketika lapar, dia akan cenderung makan lebih sedikit dalam tempoh tertentu. Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu. Namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.

3. Kurangkan saiz hidangan
Kajian oleh seorang pembantu profesor pemakanan di University of Illinois, Chicago, Krista Varady, mendapati orang yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus, akan kehilangan berat badan sehingga 15 kg dalam 8 minggu. Makan secara terkawal pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.

4. Senaman sit-up tidak menghilangkan lemak
Sebanyak mana pun sit-up yang anda lakukan, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Sit-upakan menguatkan otot namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya, lakukan latihan menyeluruh di otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada agar proses pembakaran lemak lebih optimum.

5. Banyakkan senaman kardio
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan beban, maka seterusnya lakukanlah senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan lemak buruk dihentikan.

6. Jangan kurang / lebih tidur
Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan sekali gus menyukarkannya membakar lemak. Manakala tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Kedua-duanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.

7. Berhenti minum minuman bersoda (termasuk soda berlabel “Diet”)
Kajian selama 10 tahun oleh University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak minum minuman itu. Ini kerana pemanis tiruan dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman ini dengan teh atau air lemon kosong.

8. Bertafakur
Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon stres kortisol akan berkurangan? Ya, inilah hormon yang menyebabkan perut buncit. Jadi, hindarilah stres, perbanyakkan berdoa dan bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.

9. Gula yang sihat
Makan makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi, begitu juga madu. Apabila makan makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

10. Bersenam secara bijak, bukan secara keras
Apabila lemak di perut kian berkurangan, maka tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan melakukannya. Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar.



"Buncit Hilang? Silakan cuba"
Sumber: Yahoo 2013.

                         Nak tahu suplemen semulajadi menghilangkan perut boroi??

                                       Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??

Hubungi PN.AIN untuk:

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481
sidmsia@gmail.com

                                                                         
                                                                 
 

ATASI MIGRAIN TERUK DENGAN MUDAH DENGAN B COMPLEX DAN OSTEMATRIX

Penyakit migrain adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang kena serangan migrain sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang-kala mereka merasa loya dan termuntah. Mereka juga boleh tahu yang mereka akan terkena serangan migrain, bila mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.

Sebab-sebab migrain adalah terlalu banyak seperti :
tekanan perasaan, stress, keresahan, kurang makan atau tidur, terdedah kepada cahaya silau atau turun naik hormon semasa haid (bagi wanita).

Doktor-doktor percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut. Penemuan baru juga mengatakan ada ia adalah masalah keturunan (gene). Perubatan moden dapat mengurangkan kesakitan migrain dan juga mencegahnya. Ramai juga yang mendapati  migrain boleh dielak dengan kaedah mengurangkan stress seperti biofeedback, mengendurkan otot-otot dan saraf serta pernafasan perlahan-lahan juga bermanfaat.

SET ini mengandungi : B COMPLEX (120biji) dan OSTEMATRIX (120biji)

BAHAYA! JANGAN AMALKAN UBAT TAHAN SAKIT
Oleh kerana malas atau tiada masa untuk ke klinik atau hospital, kebanyakan kita hanya mengambil ubat penahan sakit yang biasa (tanpa preskripsi) bagi mengurangkan sakit kepala, migrain, senggugut dan demam. Jika ubat penahan sakit ini diambil secara berterusan, ia mendatangkan kesan yang tidak baik sehingga ke tahap bahaya.
Banyak kajian yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan peningkatan risiko mendapat serangan sakit jantung (42 – 50%), termasuk atrial fibrillation, strok atau mati. Ubat penahan sakit ini juga dikaitkan dengan pendarahan di perut dan kegagalan buah pinggang (ginjal) berfungsi dengan berkesan.
Oleh itu, cuba kurangkan pengambilan ubat penahan sakit yang biasa ini secara berterusan bagi mengelakkan risiko penyakit-penyakit lain. Amalkan pemakanan seimbang, rehat yang cukup dan pengambilam supplemen yang sesuai.




Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??

Hubungi PN.AIN untuk:

FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


PN.NURUL 'AIN
Shaklee ID : 1101481

sidmsia@gmail.com



013 4657450 (SMS/WhatsApp)
 

Friday 11 April 2014

PETUA SAKIT GIGI


Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:


1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


PETUA HILANGKAN BATUK DAN KAHAK

Tak Dapat tidur la.. Batuk.. Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Petua Hilangkan Batuk dan Kahak.Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)


Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2
Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  3
Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…

air suam Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4
1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang
Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.
Alhamdulillah, ni beransur baik.
Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam
Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).
Sumber:Lepak.my

PETUA ELAK NYANYUK

Apakah Petua Elak Nyanyuk?

Kita sering didedahkan persepsi negatif terhadap mengambil minuman kopi. Hal ini sering dikaitkan dengan kafien yang menyebabkan masalah kesihatan. Walau pun begitu, terdapat kajian bahawa teh, kacang walnut, aktiviti bersenam malah pengambilan kopi boleh menghindarkan masalah dementia atau nyanyuk seperti Alzheimer.

Satu kes baru penyakit nyanyuk itu dilaporkan setiap tujuh saat dan menjelang 2050, dianggarkan 100 juta pesakit nyanyuk dilaporkan di seluruh dunia. Malah, Alzheimer ketika ini dihidapi kira-kira 18 juta orang di seluruh dunia terutama warga emas berusia lebih 65 tahun.

Antara tanda awal masalah ini adalah kesukaran atau hilang ingatan untuk jangka masa yang singkat - mereka boleh mengingati peristiwa yang sudah lama berlaku di sekolah tetapi lupa mengenai sarapan diambil pagi tadi, mudah lupa untuk ke tempat biasa dan tersalah letak barang yang biasa baginya.

Namun kini, kajian mendakwa masih ada cara untuk menghindarinya. Dalam kajian pertama, sekumpulan penyelidik Universiti California, AS mendakwa secawan kopi atau teh sehari, dapat melindungi diri daripada mudah nyanyuk. Kedua-dua minuman itu dikatakan dapat mengurangkan masalah nyanyuk sebanyak 40 peratus.

Mereka mendakwa, warga emas berusia 65 tahun ke atas yang kerap minum teh, mencatatkan 37 peratus kekurangan tanda-tanda penuaan berbanding mereka yang tidak minum teh langsung.

Responden yang minum kopi sekurang-kurangnya lima kali seminggu pula dikatakan dapat mengurangkan masalah ingatan terjejas sehingga 20 peratus berbanding yang tidak minum kopi sama sekali.

Kajian Intitut Penyelidikan Asas Pembangunan Keupayaan New York, pula mengaitkan pengambilan kacang walnut juga membantu mengelak Alzheimer. Penyelidikan ke atas tikus makmal menunjukkan pemakanan kaya kekacang itu secara drastik dapat memulihkan keupayaan pembelajaran dan daya ingatan.

Penyelidik itu mendakwa pengambilan kekacang itu oleh manusia juga boleh memberi kesan sama. Namun, resipi tangani ancaman nyanyuk itu tidak lengkap tanpa peranan faktor penting iaitu gaya hidup sihat.

Kajian ke atas 1200 respondan oleh Fakulti Perubatan Universiti Boston, Massachussets, mendakwa warga emas yang melakukan senaman seperti golf atau jogging, dapat mengurangkan risiko nyanyuk sehingga 40 peratus. Ini secara langsung menunjukkan kesan aktiviti fizikal yang memberi impak besar dalam aspek pengurangan daya ingatan, terutama dalam kalangan lelaki.

Jurucakap Persatuan Alzheimer Amerika Syarikat, Profesor Clive Ballard, mengalu-alukan kajian itu yang disifatkannya bukti jelas peranan senaman sebagai jaminan kesihatan fizikal dan mental. "Senaman adalah antara cara terbaik mengurangkan risiko nyanyuk. Ringkasnya, apa yang baik untuk jantung, itu jugalah yang elok untuk diri dan pemikiran anda. Tidak kiralah sama ada satu pusingan golf, berjalan kaki atau pun menggunakan peralatan senaman lain, tempoh senaman 30 minit lima kali sehari amat baik kepada individu walau apa pun usia mereka," katanya.
(Sumber: Berita Minggu 18 Julai, 2010)

KITA JUGA BOLEH MENGAMALKAN SUPLEMEN OMEGA GUARD SHAKLEE YANG SANGAT BERKESAN UNTUK MENGUATKAN DAYA INGATAN DAN KECERDASAN MINDA...SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR...

MALAS MINUM AIR MASAK??

Salam dearest sahabat semua:)

Tips Minum Air Dengan Banyak Setiap Hari
Gambar Sekadar Hiasan -- Jangan MALAS Minum AIR ya:)

Bila saya share pada sahabat-sahabat yg kita kena amalkan 3L air setiap hari...ramai yg mengeluh dan ramai yg cakap:


 "alaa susahnya"


"alaa nanti asyik nk kena ke toilet je...malasla"

"selalu terlupa sebab sibuk bekerja"



Jangan beri alasan dan MALAS ya sahabat-sahabat semua...sebab air sangat penting bagi memastikan yg sistem tubuh kita dapat berfungsi secara efektif dan supaya suplemen yg kita ambil dapat diserap dgn sempurna ke dalam badan kita...rugila kalau beli suplemen mahal2 lepas tu tak nak minum air kan...lepas tu mula la kita rasa tak bagusla suplemen ni..takde kesan pun...


Minum air masak@kosong ya sahabat-sahabat bukannya air manis , air berwarna , air berperisa atau air yg bergas...Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Bila darah pekat secara tak langsung pengaliran dan pengankutan darah ke seluruh tubuh akan terjejas....dari situ mula la kita akan rasa tak sihat dan macam2 lagi boleh berlaku...

Dalam entri yang terdahulu saya ada kongsikan betapa PENTINGNYA AIR dalam kehidupan kita seharian. Air juga tersangatlah penting juga untuk kekal sihat dan awet muda gitew heee...tak perlu buat pembedahan plastik ke cucuk sana cucuk sini ke....mudah je, hanya minum air secukupnya setiap hari dan boleh amalkan petua minum air dengan betul. Anda boleh klik di sini untuk artikel tersebut ya.


Jadi hari ini saya nk kongsikan sedikit TIPS untuk minum air dengan banyak dan secukupnya dalam satu hari...Saya dapat tips ini dari blog seorang sahabat dan saya sangat suka dengan tips yg dikongsikan jadi bagi mereka yg rasa SUSAH SANGAT untuk minum air, mungkin anda boleh cuba ya TIPS ini:

1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.

2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.

3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.

4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.

5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.

6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.

7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.

8. Semak pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.

9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.

10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.

Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.

Mudah je kan? Jom minum air ya! Suplemen yang kita makan juga akan lebih mudah dan cepat diserap jika kita minum air masak banyak2..Dan rasailah kehidupan yg lebih segar dan sihat:)